23 October 2011

Rencana : Usahawan Muda, PUSMAL, Leech Miracle lahirkan usahawan lintah

Sinar Harian
June 2011

Tamat sahaja pengajian, perkara pertama yang difikrkan ialah mencari kerja. Andai ada kemahiran dalam sesuatu perkara mungkin kita boleh membuka sebuah perniagaan. Disebabkan itu, Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah (PUSMAL) ditubuhkan Universiti Malaya (UM) bagi membolehkan penuntutnya memperoleh kemahiran bagi menjana pendapatan dari segi keusahawanan.
PUSMAL mendapat kerjasama pelbagai syarikat untuk menghantar penuntut yang berdaftar di bawahnya bagi melakukan latihan asas keusahawanan dan syarikat Leech Miracle antara syarikat yang memberikan kerjasama ini.
Menurut Pengusaha Leech Miracle, Muhammad Suhaili Joli, pihaknya mendapat kerjasama PUSMAL untuk memperkenalkan produk rawatan lintah kepada umum dengan cara yang lebih berkesan.
"Asalnya saya cuma menternak lintah tanpa memikirkan cara untuk memasarkannya. Bila lintah semakin banyak, saya perlu mencari jalan agar ia boleh di pasarkan dan caranya adalah dengan membuat terapi lintah.
"Kita tahu banyak terapi lintah ada di Malaysia ini di jalankan tepi jalan, di pasar malam dan sebagainya, namun kami mahu menjalankannya dengan cara yang lebih elok. Berkat kerjasama UM dalam melakukan kajian terhadap lintah, kami berjaya menghasilkan terapi lintah yang lebih diyakini kebersihan dan pasaranya," kata Suhaili.
Suhaili mengambil sembilan penuntut daripada pelbagai bidang untuk menjalani latihan keusahawanan di spa lintahnya. Menurut Suhaili, penuntut berkenaan akan melakukan pelbagai kerja sepanjang enam bulan latihan agar mereka memperoleh pengalaman berguna untuk kerjaya masa hadapan mereka.
"Dibawah saya, penuntut bukan sahaja belajar untuk memasarkan produk, malah mereka juga diajar cara menjalankan terapi lintah. Setiap daripada mereka ini juga diajar berkomunikasi dengan pelanggan. Dari situ, mereka dapat membina kebolehan berkomunikasi dalam diri.
"Walaupun kebanyakan mahasiswa datang daripada jurusan yang lari daripada apa yang saya ketengah, namun saya berharap mereka boleh mempelajari sesuatu sepanjang berada di sini agar apabila keluar nanti mereka dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk menjadi usahawan berjaya." katanya lagi.
Suhaili memberitahu enam jenis latihan berbeza dilakukan selama enam praktikal. Pada bulan pertama, mereka didedahkan dengan cara berkomunikasi dengan pelanggan. Bulan kedua, mereka diajar untuk menguruskan pasaran seperti membuat blog, laman sesawang serta diajar atau memasarkan produk, terapi dan juga iklan berbayar.
Pada bulan ketiga mereka diajar untuk mengaplikasikan laman sosial bagi memasarkan produk. Bulan keempat dan seterusnya, mereka dibawa melibatkan diri dalam pameran terapi lintah.
"Selama ini mereka sekadar belajar secara teori, kini mereka menghadapinya secara realiti. Mereka belajar bagaimana untuk menghadapi tekanan serta karenah majikan dan pelanggan yang pelbagai.

Latihan Tanam Minat Keusahawanan
Bagi lima penuntut yang sempat ditemubual Kampus iaitu Clive Einstein, 23, pengalaman sepanjang berkhidmat di Leech Miracle akan digunakan sepenuhnya pada masa datang.
Selain itu, saya juga mempelajari banyak perkara tentang lintah termasuk khasiatnya, bagaimana untuk merawat pesakit menggunakan lintah dan bagaimana untuk membiakkannya," kata Clive.
Bagi Emelda, menghadapi pelanggan yang pelbagai ragam mengajarnya untuk berhadapan dengan pelbagai masalah sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat andai membuka syarikat sendiri suatu hari nanti.
Bagi Faiz pula, minatnya terhadap binatang membawanya untuk mempelajari tentang lintah dengan lebih mendalam. Malah Faiz bercadang untuk membuka spa terapi lintah sendiri setelah tamat  latihannya di Leech Miracle nanti.
Setiap penuntut yang dihantar melakukan latihan keusahawanan akan dipantau oleh pensyarah masing-masing. Menurut penyelia juga pensyarah UM, Prof Madya Dr. Salimah Mokhtar, setiap dua penuntut akan dipantau oleh seorang pensyarah.
"Di Leech Miracle ini, saya memantau dua orang mahasiswa di mana saya akan memerhatikan perkembangan mereka sepanjang melakukan latihan ini. Mereka akan dinilai dari sudut perwatakan dedikasi, daya saing dan prestasi kerja selama enam bulan latihan.
"Saya perhatikan di sini mereka belajar pelbagai perkara untuk menjadi usahawan. Mereka didedahkan dengan kursus pengurusan perniagaan....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KURSUS BEKAM LINTAH, TEMPAHAN ONLINE DI www.KedaiBekamLintah.com