13 February 2012

Leech Miracle Kini di Rawang

Kini Leech Miracle di Rawang. Perkhidmatan Leech Therapy Mobile di sekitar Rawang. Perkhidmatan dari rumah ke rumah ini di ketuai oleh Encik Fadhil Rashidi. Beliau telah menamatkan kursus Terapi Lintah Professional Leech Miracle.
Seorang terapis yang ramah dan prihatin menyedari kebaikan terapi lintah perlu disebarkan sebanyak yang mungkin kepada masyarakat. 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan terapi lintah Leech Miracle di Rawang, boleh berhubung terus dengan Encik Fadhil di talian 012-650 5608.


Ayurveda dan Lintah

Ayurvedic atau Ayurverda satu sistem perubatan holistik yang berasal dari India. Sistem perubatan ini mengutamakan konsep kesihatan tubuh badan yang sempurna luar dan juga dalaman. Kebanyakan dari kaedah ini menggunakan herba-herba dan juga sumber asli. 


Ayurveda telah lama mengamalkan gabungan perubatan herba dan juga lintah. Di dalam perubatan islam juga ada menyebut kaitan madu dan lintah di dalam kisah Nabi Ayub.

Perubatan ayurveda ini adalah bukan mudah untuk di pelajari, ini kerana seseorang itu perlu memahami sistem tubuh badan manusia luar dan dalam. Kebanyakan dari pengamal ayurveda akan melanjut pengajian di India. 

Pengamal ayurveda boleh dikatakan sebagai pakar herba terbaik dunia..kerana mereka memahami pengunaan gabungan herba dan bahan semulajadi dan kesannya atas tubuh badan manusia. 

Penggunaan lintah di dalam ayurveda jelas di di dalam praktis 'rakta moksha' yang mana telah lama-kelamaan lenyap pada zaman moden ini. Perkara Ini juga terjadi kerana tiada kepakaran dalam bidang lintah itu sendiri.

Oleh itu, melalui program MyTherapy House yang diterajui oleh Leech Miracle mengabungkan pengamal-pengamal rawatan komplementari untuk saling melengkapi sesama sendiri. 

Melalui kerjasama yang terbaru, Leech Miracle dan pakar Ayurveda, Ritshika's Ayurvedic Healing dan Yoga Works yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur telah bergabung di bawah payung yang sama. Pakar Ayurveda Ritshika's yang peramah iaitu Puan Priya mempunyai latarbelakang akademik dan pengamal perubatan moden dan ayurveda di Inda.


Puan Priya telah menjalani kursus Terapi Lintah Professional yang di anjurkan oleh Leech Miracle. Di dalam pengabungan ini Leech Miracle bertindak sebagai penasihat untuk terapi lintah dan membekalkan lintah klinikal kepada Ritshika. Dan sebaliknyam Ritshika menjadi penasihat kepada Leech Miracle berkaitan ayurveda dan herba.

Pusat rawatan Puan Priya yang selesa di samping khidmat nasihat yang professional, ternyata perkhidmatan yang di tawarkan adalah yang terbaik. Demi melengkapkan rawatan ayurveda, Puan Priya telah menggunakan konsep rawatan terapi lintah klinikal Leech Miracle.  

Untuk mendapatkan rawatan gabungan ayurveda dan lintah ini, sila dapatkan maklumat pusat rawatan Ritshika's di sini atau layari laman web, www.ritshika.com.