23 October 2011

Rencana : Apabila Lintah Menjadi 'Doktor'

Majalah Aniqah
Oleh : Roihan Mat Zaib
Foto : Jafrir Ramlee
Mei 2011

Dalam kehidupan serba moden ini, gaya hidup yang tidak sihat mungkin menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan. Ia termasuklah masalah jantung, tekanan darah tinggi, gout, kencing manis dan sebagainya. Tidak dinafikan sudah wujud pelbagai kaedah moden untuk rawatan moden untuk rawatan penyakit-penyakit ini tetapi rawatan alternative  juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tambahan pula, jika kaedah itu bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perubatan.

Pengunaan akar-akar kayu, rempah ratus, jarum dan juga ulat mungkin sudah biasa dilihat tetapi bagaimana pula dengan penggunaan lintah? Mungkin ramai yang sudah mengetahui keunikan ulat kecil yang berwarna coklat kehitam-hitaman ini tetapi masih belum meneroka kehebatannya. Apatah lagi, rawatan lintah masih baru di Asia.
Rawatan menggunakan lintah sebenarnya sudah lama bertapak diluar negara terutamanya di Brazil dan Perancis. Malah, di Rusia sudah ada institute yang mengelola penyelidikan mengenai perubatan lintah dan perubatan di luar negara juga sudah mendapat kelulusan FDA (Food and Drug Administration) sekiranya berkaitan dengan pembekuan darah. Hasil kajian dan penyelidikan di Poland dan Perancis pula menunjukkan tiada kesan negative hasil pengunaan lintah sebagai kaedah rawatan.
Merungkai dengan lebih mendalam mengenai keistimewaan rawatan menggunakan lintah ini, ANIQAH telah menemubual Siraj Shah Subhan, Pengarah Ursan Leech Miracle (Rawatan Terapi Lintah). Ternyata haiwan kecil yang tidak sukakan kekotoran ini memang sesuai untuk perubatan.
Kelebihannya bukan sahaja bertindak mencairkan darah, tetapi ulat kecil yang  mempunyai ratusan gigi ini juga mengandungi Hirudin, Calin, Hyluronidase, Tripase Inhibitor, Factor Xa Inhibitor serta beberapa bahan lain yang amat bermanafaat untuk kesihatan manusia. “Pesakit hanya perlu mengambil masa dua jam sahaja untuk setiap sesi rawatan. Tetapi ia perlulah diulamgi beberapa kali dan tahap kesembuhan penyakit, bergantung kepada pesakit itu sendiri. Mungkin sesetengah pesakit hanya memerlukan empat kali rawatan tetapi mungkin juga sehingga enam kali.
“Lintah-lintah ini akan diletakkan di bahagian yang sakit dan jumlahnya pula bergantung berat badan pesakit. Setiap lima kg berat badan adalah untuk satu ekor lintah. Selepas menjalani satu sesi rawatan, pesakit akan mulai nampak hasilnya. Memang akan rasa gelid an takut tetapi keberkesanannya tdak boleh disangkal lagi,” ujar Siraj.
Menurut beliau lagi, lintah yang digunakan di Leech Miracle akan dinyahbakteria terlebih dahulu dan mereka mempunyai usaha sama dengan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL).
Idea untuk memperkembangakan rawatan lintah rawatan lintah timbul apabila wujudnya kegilaan pada penternakan lintah tiga tahun dahulu. Namun tiada industri yang boleh diketengahkan untuk memasarkan lintah kecuali di luar negara iaitu untuk perubatan.
“Di situlah timbul idea untuk mengadakan klinik. Perbincangan dengan Mehdi Jaffari, pakar terapi lintah dari New Zealand dilakukan dan begitu juga juga dengan kerjasama persama pendidik (PUSMAL) adalah bertujuan mengembangkan, memberi pendedahan kepada masyarakat serta memberikan kritikan secara membangun.
“Sebenarnya, industri lintah sudah 150 tahun bertapak di Rusia dan pelbagai produk dihasilkan termasuklah untuk kosmetik. Ia dikenali sebagai blood lifting. Jualan lintah untuk perubatan di Perancis ialah 40 juta setahun manakala di Rusia pula ialah antara tiga hingga empat juta jualan setahun bagi penggunaan domestic, tetapi di Malaysia, masyarakat masih waswas dengan keberkesannya.” Tambahnya lagi.
Siraj mengakui sambutan pengunaan lintah sebagai terapi atau rawatan alternative sangat rendah dan ia adalah disebabkan kurangnya kajian mendalam mengenai lintah ini. Lagipun masyarakat negara ini kurang di dedahkan dengan keistimewaan ‘ulat kecil’ ini.

Kesan Rawatan Lintah
Pendarahan
Gatal tetapi tidak memudaratkan.
Bengkak antara 2 hingga 3 hari hasil tindak balas dengan badan terhadap antibody. Ia adalah tindak balas positif dan bergantung kepada keadaan badan pesakit.
Reaksi setiap orang mungkin berbeza.

Komposisi di dalam air liur lintah yang bermanfaat kepada manusia.
-Hirudin – menghalang koagulasi darah dengan mengikat darah kepada thrombin.
-Calin (Seratin) – berfungsi sebagai zat perantara dalam proses egregasi struktur darah yang disebut platlet.
-Distabilase – mellumatkan vibrind (produk terakhir dalam proses mengentalan darah.
-Hirustasin – menyingkirkan kalikrein, tripsin, cymotripsun, G Chatepsin Neu-Tropholic.
-Bdelin & Eglins – anti inflamasi (radang).
-Hyluronidase – meningkatkan kelikatan intertistal, juga sebagai antibiotic.
-Tripase Inhibitor – menyingkirkan enzim proteolik dari sel manusia.
-Factor Xa Inhibitor – menghalang aktiviti pembentukan factor-Xa
-Complement Inhinbitor – mampu mengantikan inhibitor yang lain sekiranya inhibitor yang lain sekiranya inhibitor tersebut kurang.
-Carboxypeptidase A Inhibitor – melancarkan pengaliran darah di tempat gigitan.
-Acetylcholine – Vasolidator
-Anesthetic  Subtance – Anestesi
(Sumber : M. Andreas, R. Manfred, D. Gustau, Medicinal Leech Therapy, Germany)

Terapi lintah tidak boleh kepada :-
1.      - Ibu mengandung.
2  -Orang yang mengambil pencair darah kerana takut berlakunya pendarahan yang teruk walaupun maksimum pendarahan hanyalah 48 jam.
3.   - Penghidap kencing manis tetapi boleh dilakukan bergantung pada tahap luka kerana bimbang dengan tahap kesembuhannya yang lambat.

Contoh Kes
Nama Pesakit : Siti Nazihah Mohd Jamili
Masalah : Jerawat dan resdung
Kekerapan  rawatan : Sebulan sekali

Apakah Jerawat?
Jerawat terjadi apabila mengalami keradangan. Hasilnya terdapat perbahan struktur kulit. Punca utamanya adalah disebabkan kelenjar tempat rerambut tumbuh yang tersumbat. Kelenjar minyak membesar dan disebabkan penghasilan minyak berlebihan, makan kulit terdedah kepada bakteria. Jangkitan bakteria bukan hanya pada permukaan kulit tetapi juga di bawah lapisan kulit. Selain daripada makan makanan berminyak dan perubahan hormone, jerawat juga terhail daridapa perwarisan. Kelenjar tersumbat bersama minyak dan kotoran menghasilkan jangkitan dan seterusnya membentuk jerawat.
“Lintah bukan sahaja mengurangkan jerawat tetapi juga menghilangkan parut jerawat yang silam. Lintah akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kelenjar, sekali gus mengurangkan iritasi peluang jerawat untuk tumbuh.

Tanda-tanda jerawat:-
-Gatal-gatal serta berlaku pembengkakan kecil.
-Kulit kemerahan
-Blackheads (jerawat di permukaan kulit)
-Whiteheads (jerawat di dalam kulit)
-Kulit yang pucat dan gatal

Bagaimana terapi lintah membantu?
Lintah bukan sahaja mengurangkan jerawat tetapi juga menghilangkan parut jerawat yang silam. Lintah akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kelenjar, sekali gus mengurangkan iritasi peluang jerawat untuk tumbuh.

Apa itu resdung?
Lapisan rongga hidung yang berfungsi untuk melembapkan udara yang disedut. Rongga yang tersumbat sekiranya seseorang itu mempunyai alahan (diwarisi sejak kecil) terhadap habuk, daging, makanan laut dan sebagainya.Penapis udara dalam rongga akan membengkak seterusnya membuat rongga yang tersumbat. Rongga yang normal adalah lembap dan udara boleh keluar masuk dengan mudah. Tetapi, apabila rongga tersumbat akibat alahan, rongga dipenuhi kulat. Kerana keadaan yang lembap dan tersumbat, maka lender yang bercamur bakteria akan terbentuk.

Tanda-tanda resdung
-Lendir pekat berwarna jernih
-Hidung terasa seperti penuh
-Sakit tekak
-Bersin
-Hidung menjadi gatal apabila terkena alahan nafas berbau

Bagaimana terapi lintah membantu?
Lintah membantu mengecilkan pembengkan penapis rongga hidung. Apabila bengkak beransur kurang, udara mudah keluar masuk daripada rongga. Apabila udara mudah keluar masuk, maka permukaan di dalam rongga sentiasa lembap tanpa lender berlebihan dan kulat tidak dapat membiak. Maka resdung dapat dikurangkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAPATKAN RAWATAN BEKAM LINTAH, TEMPAHAN SECARA ONLINE www.KedaiBekamLintah.com