28 June 2011

SEKITAR HARI RAWATAN KOMPLIMENTARI

Hari Rawatan Komplementari telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Jun 2011. Selain daripada Leech Miracle, terdapat juga rawatan komplementari lain yang turut serta dalam hari rawatan ini:

  • Minuman kesihatan Tricajus
  • Jerslin Power Oil
  • Tawakal Reflexology

Suasana sekitar booth Leech Miracle
Penduduk sekitar yang mengunjungi Hari Rawatan Komplementari
Seorang pengunjung sedang mencuba rawatan terapi lintah oleh juruterapi Leech Miracle

Kakitangan Leech Miracle sedang memberi penerangan mengenai keberkesanan rawatan terapi lintah
Booth Jerslin Power Oil
Booth minuman kesihatan Tricajus

Khidmat urutan daripada Tawakal Reflexology
Pihak Leech Miracle mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Di harapkan kerjasama yang terjalin akan kekal berterusan.

21 June 2011

HARI RAWATAN KOMPLIMENTARI

Hari untuk memperkenalkan rawatan komplementari atau rawatan alternatif yang wujud kepada masyarakat. 
Terdapat pemeriksaan tekanan darah secara percuma.
Time
Saturday, June 25 · 10:00am - 5:00pm

Location
Dewan Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur


Antara rawatan yang terlibat:

- Terapi Lintah/bekam lintah

- Hydrotherapy-bersama produk Noni Enzyme

- Terapi aura dan gelombang

- Minuman Kesihatan Tricajus

- Jerslin Power Oil

- Refleksologi



sebarang pertanyaan sila hubungi: 03-22823782 ( Leech Miracle ), 012-6227575 (Faiz) atau 019-3366620 (DZ)
JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI..MASUK ADALAH PERCUMA!

16 June 2011

LEECH MIRACLE GPS COORDINATE

Dear customers,

Leech miracle is now much more easier to find. Here is the Global Positioning System(GPS) coordinate for Leech Miracle.

Decimal coordinates (Longitude, Latitude): 101.6692229 , 3.0939027  




 

08 June 2011

LEECH MIRACLE DI AKHBAR SINAR HARIAN

Akhbar sinar harian telah mengeluarkan artikel mengenai kami di Leech Miracle. Artikel yang bertajuk "Usahawan Muda, PUSMAL, Leech Miracle lahirkan usahawan lintah" telah diterbitkan di ruangan KAMPUS untuk hari ini, Rabu, 8 Jun 2011.



DAPATKAN AKHBAR SINAR HARIAN HARI INI!

07 June 2011

KENALI LEECH MIRACLE, RAKAN TERAPI LINTAH ANDA!


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Apa itu Rawatan Terapi Lintah?
Rawatan Terapi Lintah atau Bekam Lintah merupakan perawatan yang menggunakan  lintah untuk mengeluarkan toksik yang terkumpul di permukaan kulit.

Leech Miracle
Leech Miracle ialah sebuah Pusat Rawatan Terapi Lintah yang terletak di Pantai Dalam. Ia diwujudkan bagi melatih para graduan dan orang ramai yang berminat untuk mempelajari rawatan terapi lintah. Bagi memajukan industri lintah di Malaysia, Leech Miracle telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perundingan khidmat nasihat. PUSMAL  merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 yang berfungsi sebagai sebuah jambatan yang menghubungkan pihak kerajaan dan industri dalam usaha untuk melahirkan usahawan dari kalangan siswazah.

Untuk mendalami lebih lanjut mengenai lintah, juruterapi telah mengikuti kursus yang telah dijalankan di Universiti Malaya oleh pakar terapi lintah dari Australia iaitu Encik Mehdi Jaffari. Encik Mehdi Jaffari merupakan seorang warga Iran yang menetap di Australia. Beliau merupakan pengasas dan pemilik Life Clinic Hirudotherapy & Healing di mana klinik ini telah dibuka cawangannya di sekitar Australia dan New Zealand. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman dalam mengaplikasikan kaedah rawatan terapi lintah dalam bidang perubatan.

Mengapa anda perlu memilih Leech Miracle ?
  •  Lintah yang digunakan sebelum rawatan akan melalui proses disinfection LEADS (Leech Aqua Depuration Spa) bagi memastikan lintah yang digunakan adalah bebas dari bakteria dan kuman.
  • Kami mengamalkan teknik balutan bagi menyerap peluh yang dikeluarkan oleh lintah ketika proses rawatan bagi mengelakkan rasa geli.
  • Lintah yang telah digunakan akan dimusnahkan selepas rawatan
  • Kami mengamalkan prosedur klinikal di mana juruterapi kami diwajibkan memakai kot makmal, penutup mulut (mask) dan sarung tangan semasa rawatan dilakukan.

Masalah-masalah yang boleh di rawat:
®      Resdung, Jerawat, Gout, Migrain, Sakit Leher, Sakit Belakang, Sakit Sendi, Kebas, Sakit Pinggang, Stress, Masalah Kulit (eczema), Bisul, Jari Terkepit,
dan pelbagai lagi masalah akibat luka dan kemalangan.
Anda boleh melihat testimoni pelanggan mengenai keberhasilan rawatan terapi lintah di http://leechmiracle.blogspot.com/