21 October 2011

Rencana : Terapi Lintah Anugerah Alam Secara Semulajadi

Majalah The Cook
Julai 2010

Terapi Lintah : Anugerah Alam Secara Semulajadi

Bekam lintah telah diamalkan sejak zaman Rom dan Yunani lagi. Kaedah ini sungguh mengujakan kerana dapat menyelesaikan masalah dalaman tanpa memerlukan pembedahan. Tamadun Rom dan Yunani yang belum kenal erti istilah pembedahan menggunakan lintah sebagai penyelesaian semua penyakit dari kepala ke hujung kaki. Mana hilangnya semua warisan perubatan ini yang di amalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu? Sedangkan perubatan moden yang baru 300 tahun diperkenalkan diagung-agungkan.
Terdapat lebih dari 650 spesis lintah yang dikenalpasti di dunia ini, tetapi hanya 3 spesis yang sesuai digunakan dalam perubatan. Lintah Eropah (Hirudo Medicinalis), Lintah Asia (Hirudinaria Manilensis) dan Lintah Amazon (Haementeria Gigliani).
Khasiat terbaik yang diperolehi dari lintah ialah dari air liur lintah yang mengandungi lebih dari 32 enzim yang baik untuk manusia. Salah satu enzim yang paling penting ialah enzim hirudin yang mampu mencairkan darah dalam badan serta melancarkan peredaran darah dalam badan.
Petikan dari kisah Nabi Ayub A.S :
".......dan sesungguhnya Nabi Ayub A.S merasa susah sekiranya hati dan lidahnya dimakan ubat, kerana dia selalu bertakafur dan berzikir kepadaNya. Lalu Allah menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayub A.S. Maka yang satu jatuh di air, "kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit berkurangan (mengeluarkan) darah (kotor)", dan satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia...."

Dipercayai rawatan terapi lintah mampu mengatasi masalah penyakit gout. Penyakit gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 umol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan menghidap penyakit gout. Apabila gout penyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat. Pengambilan ubat yang kerap pula meningkatkan risiko kepada masalah ginjal akibat kesan sampingan dari pengambilan ubat tersebut. Lintah digunakan sebagai alternatif untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah dan membantu melancarkan peredaran darah. Jika dilihat secara logik, minyak angin digunakan untuk menghilangkan lenguh dan bengkak di dalam badan. Antara tujuan utama ialah membantu melancarkan peredaran darah. Ia telah terbukti berkurun abad lamanya. Namun harus di ingat bahawa berurut juga boleh membawa padah seperti masalah kepada saluran darah ataupun urat didalam badan. Lintah digukan sebagai salah satu kaedah tanpa melakukan urutan atau melakukan pembedahan bagi menghilangkan kesan kesakitan yang di alami pesakit.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah Gout? Dapatkan rawatan terapi lintah di Leech Miracle. Tempahan Online di http://www.kedaibekamlintah.com/index.php?route=product/category&path=10975