19 October 2011

Rencana : Lintah Rawat Kanser

Majalah ILUVISLAM
21 - 27 Januari 2010


Lintah Rawat Kanser
Siapa yang sukakan lintah? Badannya yang lembap dan mengelikan cukup membuatkan kita rasa 'takut' untuk menyentuhnya. Tetapi dalam sains perubatan, lintah turut digunakan sebagai sumber kecantikan, malah haiwan sekecil ini mampu menjadi penawar kepada penyakit sebesar kanser melalui gigitanya; seperti kanser payudara, masalah jantung, arthritis (masalah sendi), strok dan kencing manis.


Terapi Lintah 92 Enzim Mampu Sembuhkan Penyakit
Sebelum ini, khasiat lintah banyak digunakan untuk tujuan kecantikan. Terdapat banyak rangkaian spa yang menggunakan khidmat lintah untuk lakukan rawatan pada wajah terutamanya berkaitan masalah jerawat. Namun hasil daripada beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati khasiat lintah lebih dari itu. Terutamanya untuk mengubati penyakit-penyakit berbahaya.
Sifat haiwan kecil ini yang lembik dan sejuk tatkala terkena melekat di kulit sering menimbulkan kegelian bagi setengah individu. Ada juga yang menganggap gigitan lintah boleh menyebabkan kesakitan. Tetapi menurut pakar terapi lintah dari Australia, Mehdi Jaffari ketika ditemui di Universiti Malaya (UM), gigitan lintah mempunyai tiga peringkat gigitan dan pada gigitan kedua, lintah akan menyuntik ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dari gigitan tersebut. 


Gigitan Berkhasiat
Menurutnya, setiap gigitan lintah akan menyedut darah kotor yang terdapat di dalam badan manusia. Lintah juga dikatakan mempunyai 92 enzim di mana enzim-enzim tersebut turut memberikan manafaat bagi mengurangkan gejala penyakit. Lintah mampu menghisap darah tiga kali ganda dari saiz badannya sendiri. Ketika proses menghisap tersebut berlaku, lintah akan mengeluarkan enzim hirudin dan enzim ini bertujuan menghalang pembentukan darah beku.
Dengan kelebihan itu, gigitan haiwan ini mampu menyembuhkan penyakit seperti resdung, migrain, gout, sakit lutut, stress, sakit belakang, sakit dada, dan masalah jerawat. Bagi penyakit-penyakit serius seperti arthritis (sakit sendi), kanser payudara, masalah jantung, strok dan kencing manis, pesakit perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalankan rawatan ini.
Begitu pun menurut Mehdi, tidak semua pesakit boleh mendapatkan rawatan ini. Pesakit yang sedang menjalankan rawatan kimioterapi, radioterapi dan mereka yang pernah menjalani pembedahan tidak dibenarkan membuat rawatan terapi lintah ini. "Bagi pesakit yang menjalani rawatan kimioterapi, darah merah atau putih telah mati dalam tubuh mereka, jadi disebabkan itu, lintah tidak boleh menghisap darah mereka keran bimbang akan memburukkan lagi kesihatan,", katanya.


Bersih
Selain itu, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun dan wanita yang mengandung juga tidak dibenarkan mendapat rawatan terapi lintah ini. Bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan baik, lintah yang telah digunakan akan dihapuskan. Lintah juga tidak akan digunapakai semula kerana bimbang akan mengundang penyakit. Untuk jaminan kualiti dan kebersihan, lintah yang digunakan juga menjalani proses pembersihan nyah-bakteria. Kualiti lintah yang baik juga katanya perlu didapatkan dari sumber yang benar-benar mengembangbiak spesies ini dengan proses dan kaedah yang betul.
"Bukan semua lintah boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Kerana itu lintah yang saya guna hanya ambil dari penternak lintah yang mengikut spesifikasi yang betul dari segi habitat dan permakanan haiwan ini."
"Dari situ khasiatnya dapat dipelihara. Ingin saya tegaskan, penggunaan lintah adalah selamat dan terjamin kebersihannya untuk pesakit-pesakit yang beragama Islam yang ingun mendapatkan rawatan menggunakan kaedah ini." kata Mehdi.
Mehdi merupakan seorang pakar terapi lintah dari New Zealand dan beliau telah dijemput oleh pihak Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) UM untuk mengadakan kursus tentang rawatan terapi lintah. Disampung mengkaji tentang spesis lintah yang banyak terdapat di Malaysia.


Leech Miracle telah mendapat didikan dari Mehdi Jaffari, Pakar Terapi Lintah Antarabangsa. Dapatkan rawatan dengan menggunakan lintah yang bersih, terjamin dan selamat. Tempahan online di http://www.kedaibekamlintah.com/index.php?route=product/category&path=10975