19 October 2011

Rencana : Rawat Barah Dengan Lintah

Berikut adalah wawancara Majalah Jelita bersama Mehdi Jaffari, Pakar Terapi Lintah Antarabangsa semasa mengendalikan kursus terapi lintah bersama Leech Miracle di Universiti Malaya.
Majalah Jelita
Tulisan : Siti Shahila Ahmad
Gambar : Mohd Nasir Roli
Tarikh : Disember, 2001


Rawat Barah Dengan Lintah
Walau bagaimanapun melalui teknologi perubatan yang semakin canggih, ramai penghidap barah berjaya disembuhkan terutama pada peringkat awal.
Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan antaranya ialah kemoterapi, pembedahan dan homoepathy serta lain-lain rawatan alternatif.


Mehdi Jaffari, Pakar Terapi Lintah, Australia


Namun, bagi mereka yang gerun untuk menjalankan rawatan di atas, mereka boleh mencuba kaedah baru merawat barah ini dengan menggunakan lintah. Mungkin kebanyakan wanita geli terhadap haiwan ini namun, keberkesanannya dalam merawat barah amat mengagumkan.
Siapa sangka, binatang kecil yang suka menghisap darah ini adalah perawat terbaik selain menjalani pembedahan atau mengambil ubat. Dengan menjalani rawatan ini anda tidak perlu menahan kesakitan yang lama.
Pada 8 Disember 2010 Jelita berpeluang bertemu dengan Pakar Terapi Lintah, Mehdi Jaffari, 55 yang mempunyai pengalaman lebih dari 40 tahun dalam menjalankan rawatan menggunakan haiwan ini. Pemilik klinik Hirudotherapy & Healing di Australia ini mula berjinak-jinak dengan lintah sejak berusia lima tahun.


Malaysia sebagai hub latihan terapi lintah antarabangsa. 
Peserta dari Leech Miracle dan peserta dari luar negara


Semua ilmu yang dimiliki dipelajari secara turun-temurun daripada keluarganya yang berasal dari Iran. Malah kepakarannya diiktiraf oleh kerajaan Australia sebagai salah satu cara perubatan terbaik dalam mengubati penyakit kronik.
"Lintah antara haiwan kurniaan Allah yang memiliki banyak keajaiban. Saiznya yang kecil namun enzim yang ada di dalam badannya amat bermanafaat kepada manusia. Terdapat lebih dari 600 jenis lintah di seluruh dunia namun, hanya 15 jenis sahaja sesuai digunakan untuk tujuan perubatan."
Sejak beribu tahun dahulu, lintah digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit menerusi kaedah membuang darah. Caranya amat mudah iaitu dengan memindahkan darah yang tidak elok melalui lintah. Kadang kala, terapi lintah adalah kaedah terbaik dalam mengubati penyakit kerana perawatan ini membantu melancarkan peredaran darah.
"Ada 92 enzim yang baik untuk perubatan terdapat di dalam lintah. Antaranya ialah untuk mencairkan darah. Sebab itu rawatan lintah juga sesuai bagi pesakit jantung yang mengalami masalah peredaran darah kurang lancar. Saya sendiri pernah menghidap sakit jantung dan selepas menjalani rawatan lintah, saya sembuh."
Antara penyakit lain yang diperakui dapat diubati dengan menggunakan kaedah ini adalah darah tinggi, diabetes, buah pinggang, masalah pendengaran, barah payu dara dan pelbagai jenis lagi.
"Ramai pesakit barah payu dara yang datang kepada saya berjaya disembuhkan dengan lintah. Ada di antara mereka yang hampir hilang sebahagian payu daranya disebabkan kuman kanser. Caranya, saya akan letak lintah pada bahagian payu dara yang sakit kemudian, lintah itu akan menyedut keluar barah yang ada di dalam payu daranya bebas daripada sebarang jangkitan."
Jumlah lintah untuk rawatan ini bergantung kepada saiz payu dara. Manakala, pesakit perlu menjalani rawatan ini paling minima sebanyak 12 kali bagi memastikan dia bebas daripada barah secara keseluruhan.


Lintah untuk rawatan kecantikan.
Selain penyakit kronik, lintah juga diyakini dapat mencantikkan wajah. Antaranya, lintah berupaya menyembuhkan resdung, muka berjerawat, menghilangkan kedutan dan sebagainya.
Secara amnya, masalah ini disebabkan oleh peredaran darah yang tidak lancar pada wajah. Oleh yang demikian, melalui perawatan lintah, saluran darah ini dapat diperbetulkan kembali dan dalam masa yang sama mengembalikan kejelitaan wajah.
"Enzim yang ada di dalam air liur lintah juga dapat membantu pertumbuhan tisu baru pada wajah bagi menggantikan tisu yang rosak. Selepas menghisap semua darah kotor dan toksin keluar dari wajah, enzim yang ditinggalkan berupaya memperbaiki tisu muka secara berkesan."
Selain itu, lintah juga berperanan sebagai agen menyahtoksik bagi memastikan kulit muka kembali tegang dan anjal.



Kursus Terapi Lintah. Mehdi Jaffari bersama peserta Leech Miracle


"Dalam menjalankan rawatan untuk menghilangkan kedutan pada wajah, lintah akan diletakkan pada garisan kedutan. Lintah akan menyedut keluar bahan yang tidak diperlukan dan enzim yang ditinggalkan mampu merawat kulit muka dan wajah kelihatan berseri secara semulajadi selepas beberapa hari."
Begitu juga kaedah yang digunakan untuk merawat resdung dan jerawat. Apabila pengaliran darah lancar dan darah kotor dipindahkan, kulit wajah tidak bermasalah lagi.
Namun, paling penting lintah yang digunakan perlu dipastikan bersih daripada sebarang kuman atau jangkitan yang boleh memudaratkan tubuh. Sebelum menjalani rawatan, semua lintah perlu dibersihkan terlebih dahulu jika tidak boleh mengancam nyawa.
"Sesiapa sahaja yang berpenyakit disyorkan menjalani rawatan ini kecuali wanita hamil. Ini kerana dikhuatiri dapat memberi kesan sampingan kepada bayi semasa proses rawatan dijalankan."
Mengakhiri perbualan pada petang itu Mehdi menasihatkan kepada orang ramai supaya mencuba rawatan ini. Hilangkan rasa takut dan geli anda. Rasai keselesaan dan ketenangan semasa menjalani rawatan. Dengan kaedah semulajadi anda tidak perlu menahan kesakitan berpanjangan.


Dapatkan rawatan bekam lintah sekarang, tempahan online di http://www.kedaibekamlintah.com/index.php?route=product/category&path=10975