21 October 2011

Rencana : Proses Nyah Bakteria Lintah

Harian Metro
5 Disember 2010
Oleh : Norlaila Hamima Jamaluddin

Pengamal rawatan alternatif perlu jalani latihan khusus jamin keselamatan pesakit

KUALA LUMPUR : Meskipun terapi lintah diketahui boleh membantu merawat pelagai masalah kesihatan membabitkan salur darah, sendi, kulit mahupun penyakit lebih kronik seperti kanser payudara, jantung dan kencing manis, orang ramai dinasihatikan berhati-hati kerana rawatan diberi pengamal tidak terlatih boleh memburukkan kesihatan.
Rawatan alternatif mengunakan lintah hidup sebenarnya sudah lama diamalkan di luar negara, tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas lintah itu menjalani proses nyah bakteria bagi menjamin keselamatan pesakit, kata Pakar Terapi Lintah dari Kllinik Hirudotherapy dan Pemulihan Australia, Mehdi Jaffari.
"Pengamal perlu tahu lokasi tepat pada badan untuk meletakkan lintah dan antara golongan yang tidak boleh diberikan rawatan kanser payudara (pembedahan dan kemoterapi).
"Justeru, pengamal perubatan alternatif perlu menjalani latihan supaya dapat memberikan rawatan terbaik.
"Terapi lintah memang diyakini dapat membantu rawatan pelbagai penyakit, termasuk arthritis (sakit sendi), sakit belakang dan leher, mata dan telinga, kulit dan penyakit membabitkan salur darah seperti kanser payudara, sakit jantung, strok dan kencing manis.
"Lebih unik lagi, terapi lintah hidup diibaratkan seperti pembedahan tanpa pisau kerana lintah menghisap darah kotor atau sel kanser pada badan pesakit dan menghasilkan enzim yang sangat baik untuk proses pemulihan," katanya.
Kedatangan beliau atas jemputan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) dengan kerjasama Universiti Malaya bagi melatih juru terapi lintah.
Program latihan selama 20 hari itu disertai mahasiswa UM dan pengamal perubatan alternatif dari luar negara.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Leech Miracle adalah usahawantama yang dilantik oleh PUSMAL, Universiti Malaya untuk membangunkan keusahawanan terapi lintah di Malaysia dan mendapat latihan dari Pakar Terapi Lintah Antarabangsa dan mengamalkan rawatan klinikal yang menggunakan lintah yang dinyahkan bakteria..dapatkan rawatan di www.KedaiBekamLintah.com