07 June 2011

KENALI LEECH MIRACLE, RAKAN TERAPI LINTAH ANDA!


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Apa itu Rawatan Terapi Lintah?
Rawatan Terapi Lintah atau Bekam Lintah merupakan perawatan yang menggunakan  lintah untuk mengeluarkan toksik yang terkumpul di permukaan kulit.

Leech Miracle
Leech Miracle ialah sebuah Pusat Rawatan Terapi Lintah yang terletak di Pantai Dalam. Ia diwujudkan bagi melatih para graduan dan orang ramai yang berminat untuk mempelajari rawatan terapi lintah. Bagi memajukan industri lintah di Malaysia, Leech Miracle telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perundingan khidmat nasihat. PUSMAL  merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 yang berfungsi sebagai sebuah jambatan yang menghubungkan pihak kerajaan dan industri dalam usaha untuk melahirkan usahawan dari kalangan siswazah.

Untuk mendalami lebih lanjut mengenai lintah, juruterapi telah mengikuti kursus yang telah dijalankan di Universiti Malaya oleh pakar terapi lintah dari Australia iaitu Encik Mehdi Jaffari. Encik Mehdi Jaffari merupakan seorang warga Iran yang menetap di Australia. Beliau merupakan pengasas dan pemilik Life Clinic Hirudotherapy & Healing di mana klinik ini telah dibuka cawangannya di sekitar Australia dan New Zealand. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman dalam mengaplikasikan kaedah rawatan terapi lintah dalam bidang perubatan.

Mengapa anda perlu memilih Leech Miracle ?
  •  Lintah yang digunakan sebelum rawatan akan melalui proses disinfection LEADS (Leech Aqua Depuration Spa) bagi memastikan lintah yang digunakan adalah bebas dari bakteria dan kuman.
  • Kami mengamalkan teknik balutan bagi menyerap peluh yang dikeluarkan oleh lintah ketika proses rawatan bagi mengelakkan rasa geli.
  • Lintah yang telah digunakan akan dimusnahkan selepas rawatan
  • Kami mengamalkan prosedur klinikal di mana juruterapi kami diwajibkan memakai kot makmal, penutup mulut (mask) dan sarung tangan semasa rawatan dilakukan.

Masalah-masalah yang boleh di rawat:
®      Resdung, Jerawat, Gout, Migrain, Sakit Leher, Sakit Belakang, Sakit Sendi, Kebas, Sakit Pinggang, Stress, Masalah Kulit (eczema), Bisul, Jari Terkepit,
dan pelbagai lagi masalah akibat luka dan kemalangan.
Anda boleh melihat testimoni pelanggan mengenai keberhasilan rawatan terapi lintah di http://leechmiracle.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment