27 July 2011

LEECH MIRACLE DI FORUM PERDANA EHWAL ISLAM, MASJID PANTAI DALAM

Bersempena dengan program Forum Perdana Ehwal Islam yang akan diadakan di Pantai Dalam pada Khamis ini, Leech Miracle akan membuka satu booth untuk para pengunjung mendapatkan info berkenaan rawatan terapi lintah serta mencuba rawatan tersebut di sana. Booth tersebut akan dibuka pada jam 3.00 petang. Istimewanya pada hari tersebut, sesiapa yang mendaftar atau membuat temujanji untuk rawatan di klinik kami, potongan harga sebanyak 20% akan diberikan. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:
TEMPAT: MASJID JAMEK AL-KHADIJAH, PANTAI DALAM
TARIKH: 28 JULAI 2011
MASA: 3.00 PETANG - 11.00 MALAM
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan booth kami selain dapat memenuhkan ilmu di dada.
 

28 June 2011

SEKITAR HARI RAWATAN KOMPLIMENTARI

Hari Rawatan Komplementari telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Jun 2011. Selain daripada Leech Miracle, terdapat juga rawatan komplementari lain yang turut serta dalam hari rawatan ini:

  • Minuman kesihatan Tricajus
  • Jerslin Power Oil
  • Tawakal Reflexology

Suasana sekitar booth Leech Miracle
Penduduk sekitar yang mengunjungi Hari Rawatan Komplementari
Seorang pengunjung sedang mencuba rawatan terapi lintah oleh juruterapi Leech Miracle

Kakitangan Leech Miracle sedang memberi penerangan mengenai keberkesanan rawatan terapi lintah
Booth Jerslin Power Oil
Booth minuman kesihatan Tricajus

Khidmat urutan daripada Tawakal Reflexology
Pihak Leech Miracle mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Di harapkan kerjasama yang terjalin akan kekal berterusan.