Showing posts with label terapi lintah kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label terapi lintah kuala lumpur. Show all posts
05 November 2011
PENGUMUMAN CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA
PUSAT RAWATAN LEECH MIRACLE, PANTAI DALAM AKAN DITUTUP SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA BERMULA 5-11/11 HINGGA 7/11/2011, UNTUK TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI 012-3273742 @ 017-2256264
23 October 2011
Rencana : Apabila Lintah Menjadi 'Doktor'
Majalah Aniqah
Oleh : Roihan Mat Zaib
Foto : Jafrir Ramlee
Mei 2011
Dalam kehidupan serba moden ini, gaya hidup yang tidak sihat mungkin menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan. Ia termasuklah masalah jantung, tekanan darah tinggi, gout, kencing manis dan sebagainya. Tidak dinafikan sudah wujud pelbagai kaedah moden untuk rawatan moden untuk rawatan penyakit-penyakit ini tetapi rawatan alternative juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tambahan pula, jika kaedah itu bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perubatan.Pengunaan akar-akar kayu, rempah ratus, jarum dan juga ulat mungkin sudah biasa dilihat tetapi bagaimana pula dengan penggunaan lintah? Mungkin ramai yang sudah mengetahui keunikan ulat kecil yang berwarna coklat kehitam-hitaman ini tetapi masih belum meneroka kehebatannya. Apatah lagi, rawatan lintah masih baru di Asia.
Rawatan menggunakan lintah sebenarnya sudah lama bertapak diluar negara terutamanya di Brazil dan Perancis. Malah, di Rusia sudah ada institute yang mengelola penyelidikan mengenai perubatan lintah dan perubatan di luar negara juga sudah mendapat kelulusan FDA (Food and Drug Administration) sekiranya berkaitan dengan pembekuan darah. Hasil kajian dan penyelidikan di Poland dan Perancis pula menunjukkan tiada kesan negative hasil pengunaan lintah sebagai kaedah rawatan.
Merungkai dengan lebih mendalam mengenai keistimewaan rawatan menggunakan lintah ini, ANIQAH telah menemubual Siraj Shah Subhan, Pengarah Ursan Leech Miracle (Rawatan Terapi Lintah). Ternyata haiwan kecil yang tidak sukakan kekotoran ini memang sesuai untuk perubatan.
Kelebihannya bukan sahaja bertindak mencairkan darah, tetapi ulat kecil yang mempunyai ratusan gigi ini juga mengandungi Hirudin, Calin, Hyluronidase, Tripase Inhibitor, Factor Xa Inhibitor serta beberapa bahan lain yang amat bermanafaat untuk kesihatan manusia. “Pesakit hanya perlu mengambil masa dua jam sahaja untuk setiap sesi rawatan. Tetapi ia perlulah diulamgi beberapa kali dan tahap kesembuhan penyakit, bergantung kepada pesakit itu sendiri. Mungkin sesetengah pesakit hanya memerlukan empat kali rawatan tetapi mungkin juga sehingga enam kali.
“Lintah-lintah ini akan diletakkan di bahagian yang sakit dan jumlahnya pula bergantung berat badan pesakit. Setiap lima kg berat badan adalah untuk satu ekor lintah. Selepas menjalani satu sesi rawatan, pesakit akan mulai nampak hasilnya. Memang akan rasa gelid an takut tetapi keberkesanannya tdak boleh disangkal lagi,” ujar Siraj.Menurut beliau lagi, lintah yang digunakan di Leech Miracle akan dinyahbakteria terlebih dahulu dan mereka mempunyai usaha sama dengan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL).
Idea untuk memperkembangakan rawatan lintah rawatan lintah timbul apabila wujudnya kegilaan pada penternakan lintah tiga tahun dahulu. Namun tiada industri yang boleh diketengahkan untuk memasarkan lintah kecuali di luar negara iaitu untuk perubatan.
“Di situlah timbul idea untuk mengadakan klinik. Perbincangan dengan Mehdi Jaffari, pakar terapi lintah dari New Zealand dilakukan dan begitu juga juga dengan kerjasama persama pendidik (PUSMAL) adalah bertujuan mengembangkan, memberi pendedahan kepada masyarakat serta memberikan kritikan secara membangun.
“Sebenarnya, industri lintah sudah 150 tahun bertapak di Rusia dan pelbagai produk dihasilkan termasuklah untuk kosmetik. Ia dikenali sebagai blood lifting. Jualan lintah untuk perubatan di Perancis ialah 40 juta setahun manakala di Rusia pula ialah antara tiga hingga empat juta jualan setahun bagi penggunaan domestic, tetapi di Malaysia, masyarakat masih waswas dengan keberkesannya.” Tambahnya lagi.
Siraj mengakui sambutan pengunaan lintah sebagai terapi atau rawatan alternative sangat rendah dan ia adalah disebabkan kurangnya kajian mendalam mengenai lintah ini. Lagipun masyarakat negara ini kurang di dedahkan dengan keistimewaan ‘ulat kecil’ ini.
Kesan Rawatan Lintah
Pendarahan
Gatal tetapi tidak memudaratkan.
Bengkak antara 2 hingga 3 hari hasil tindak balas dengan badan terhadap antibody. Ia adalah tindak balas positif dan bergantung kepada keadaan badan pesakit.
Reaksi setiap orang mungkin berbeza.
Komposisi di dalam air liur lintah yang bermanfaat kepada manusia.
-Hirudin – menghalang koagulasi darah dengan mengikat darah kepada thrombin.
-Calin (Seratin) – berfungsi sebagai zat perantara dalam proses egregasi struktur darah yang disebut platlet.
-Distabilase – mellumatkan vibrind (produk terakhir dalam proses mengentalan darah.
-Hirustasin – menyingkirkan kalikrein, tripsin, cymotripsun, G Chatepsin Neu-Tropholic.
-Bdelin & Eglins – anti inflamasi (radang).
-Hyluronidase – meningkatkan kelikatan intertistal, juga sebagai antibiotic.
-Tripase Inhibitor – menyingkirkan enzim proteolik dari sel manusia.
-Factor Xa Inhibitor – menghalang aktiviti pembentukan factor-Xa
-Complement Inhinbitor – mampu mengantikan inhibitor yang lain sekiranya inhibitor yang lain sekiranya inhibitor tersebut kurang.
-Carboxypeptidase A Inhibitor – melancarkan pengaliran darah di tempat gigitan.
-Acetylcholine – Vasolidator
-Anesthetic Subtance – Anestesi
(Sumber : M. Andreas, R. Manfred, D. Gustau, Medicinal Leech Therapy, Germany)
Terapi lintah tidak boleh kepada :-
1. - Ibu mengandung.
2 -Orang yang mengambil pencair darah kerana takut berlakunya pendarahan yang teruk walaupun maksimum pendarahan hanyalah 48 jam.
3. - Penghidap kencing manis tetapi boleh dilakukan bergantung pada tahap luka kerana bimbang dengan tahap kesembuhannya yang lambat.
Contoh Kes
Nama Pesakit : Siti Nazihah Mohd Jamili
Masalah : Jerawat dan resdung
Kekerapan rawatan : Sebulan sekali
Apakah Jerawat?
Jerawat terjadi apabila mengalami keradangan. Hasilnya terdapat perbahan struktur kulit. Punca utamanya adalah disebabkan kelenjar tempat rerambut tumbuh yang tersumbat. Kelenjar minyak membesar dan disebabkan penghasilan minyak berlebihan, makan kulit terdedah kepada bakteria. Jangkitan bakteria bukan hanya pada permukaan kulit tetapi juga di bawah lapisan kulit. Selain daripada makan makanan berminyak dan perubahan hormone, jerawat juga terhail daridapa perwarisan. Kelenjar tersumbat bersama minyak dan kotoran menghasilkan jangkitan dan seterusnya membentuk jerawat.
“Lintah bukan sahaja mengurangkan jerawat tetapi juga menghilangkan parut jerawat yang silam. Lintah akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kelenjar, sekali gus mengurangkan iritasi peluang jerawat untuk tumbuh.
Tanda-tanda jerawat:-
-Gatal-gatal serta berlaku pembengkakan kecil.
-Kulit kemerahan
-Blackheads (jerawat di permukaan kulit)
-Whiteheads (jerawat di dalam kulit)
-Kulit yang pucat dan gatal
Bagaimana terapi lintah membantu?
Lintah bukan sahaja mengurangkan jerawat tetapi juga menghilangkan parut jerawat yang silam. Lintah akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kelenjar, sekali gus mengurangkan iritasi peluang jerawat untuk tumbuh.
Lapisan rongga hidung yang berfungsi untuk melembapkan udara yang disedut. Rongga yang tersumbat sekiranya seseorang itu mempunyai alahan (diwarisi sejak kecil) terhadap habuk, daging, makanan laut dan sebagainya.Penapis udara dalam rongga akan membengkak seterusnya membuat rongga yang tersumbat. Rongga yang normal adalah lembap dan udara boleh keluar masuk dengan mudah. Tetapi, apabila rongga tersumbat akibat alahan, rongga dipenuhi kulat. Kerana keadaan yang lembap dan tersumbat, maka lender yang bercamur bakteria akan terbentuk.
Tanda-tanda resdung
-Lendir pekat berwarna jernih
-Hidung terasa seperti penuh
-Sakit tekak
-Bersin
-Hidung menjadi gatal apabila terkena alahan nafas berbau
Bagaimana terapi lintah membantu?
Lintah membantu mengecilkan pembengkan penapis rongga hidung. Apabila bengkak beransur kurang, udara mudah keluar masuk daripada rongga. Apabila udara mudah keluar masuk, maka permukaan di dalam rongga sentiasa lembap tanpa lender berlebihan dan kulat tidak dapat membiak. Maka resdung dapat dikurangkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAPATKAN RAWATAN BEKAM LINTAH, TEMPAHAN SECARA ONLINE www.KedaiBekamLintah.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAPATKAN RAWATAN BEKAM LINTAH, TEMPAHAN SECARA ONLINE www.KedaiBekamLintah.com
19 October 2011
Rencana : Penangan Gigitan Lintah. Mampu Merawat Penyakit Serius
Sinar Harian
Oleh Norhafizan Zulkifli
Kita mungkin tidak sanggup membiarkan diri terkena gigitan lintah kerana rupanya yang mengelikan. Mungkin juga pernah berasa gigitan lintah menyangka ia amat sakit, hakikatnya tidak begitu.
Menurut pakar terapi lintah dari Australia, Mehdi Jaffari ketika ditemubual di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini, gigitan lintah tidak menyakitkan, malah memberikan ketenangan kepada pesakit kerana lintah mempunyai tiga peringkat gigitan dan pada gigitan kedua, lintah akan menyuntik ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan kesan gigitan.
Mehdi berkata, setiap gigitan lintah itu akan menyedut bersama darah kotor yang terdapat dalam badan manusia. Lintah juga dikatakan mempunyai 92 enzim yang mampu mengurangkan gejala penyakit.
Lintah berupaya menghisap darah tiga kali ganda saiz badannya. Ketika menghisap darah pesakit, ia akan mengeluarkan enzim hirudin bertujuan menghalang pembentukan darah beku.Lintah mempunyai terlalu banyak kelebihan, di mana gigitannya mampu menyembuhkan penyakit seperti resdung, migrain, gout, sakit lutut, stress, sakit belakang, sakit dada, dan masalah jerawat. Bagi penyakit-penyakit serius seperti arthritis (sakit sendi), kanser payudara, masalah jantung, strok dan kencing manis, pesakit perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalani rawatan ini.
"Berdasarkan pengalaman saya ketika berada di Malaysia, penduduk sini gemar makanan manis dan tidak sihat. Makanan sebegini mampu membawa kepada penyakit-penyakit serius," katanya Mehdi.
Namun begitu, Mehdi memberitahu, tidak semua pesakit boleh mendapatkan rawatan tersebut. Pesakit yang sedang mendapatkan rawatan kimoterapi dan radioterapi dan yang pernah menjalani pembedahan tidak dibenarkan.
"Bagi pesakit yang menjalankan kimoterapi, darah merah atau darah putih telah mati dalam tubuh mereka, lintah tidak boleh menghisap darah mereka kerana bimbang akan memburukkan lagi kesihatan mereka,". katanya.
Selain itu, kanak-kanak dibawah umur tujuh tahun dan wanita mengandung juga tidak dibenarkan mendapat rawatan terapi lintah ini.
Lintah yang telah digunakan dihapuskan dan tidak akan digunapakai semula kerana bimbang akan mengundang penyakit. Selain itu, lintah juga turut menjalani proses pembersihan nyah-bakteria. Bekalan lintah juga didapatkan hanya dari satu sumber yang dipercayai untuk menjaga kebersihannya.
Menyentuh soal bagaimana lintah boleh merawat kanser payudara, Mehdi menjelaskan, setiap kanser berakar umbi dari kardiovaskular, dimana kardiovaskular tersebut akan membentuk penyakit vaskular dan daripada vaskular itu, maka terjadinya kanser payudara dan terus bercambah dari semasa ke semasa.
Lintah akan merawat dari mana terbentuknya akar umbi kanser tersebut dan mengambil masa yang agak lama untuk mengurangkan penyakit. "Kami tidak menjamin pesakit sembuh 100 peratus, tapi percaya lintah boleh memberi bantuan sekurang-kurangnya 90 peratus daripadanya terutama bagi mereka yang baru menghidap penyakit tersebut.
"Saya bukanlah pakar dalam bidang sains, tetapi mendapat pengetahuan ini berdasarkan ilmu mengenai lintah dan pengalaman selama menceburi bidang ini untuk membantu masyarakat." katanya.
Mehdi merupakan pakar terapi lintah dari New Zealand dan dijemput oleh Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) UM untuk mengajar rakyat negara ini tentang rawatan terapi lintah, disamping mengkaji mengenai lintah yang banyak terdapat di Malaysia.
PUSMAL Dapat Kerjasama Mehdi Bangun Industri Lintah
Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia membangunkan projek ini bertujuan mengembangkan industri lintah Malaysia, membantu industri penternakan lintah dan mengembalikan rawatan semulajadi melalui terapi lintah dalam perubatan.
Menurut Pengarah Ekskutif PUSMAL, Abd Azid Che Ibrahim, terapi lintah merupakan satu daripada projek yang diterokai PUSMAL bagi menaikkan semula industri lintah di dalam negara kita.
"Kami bermula dengan terapi lintah dan apabila berjaya dibangunkan, kami percaya ia boleh membentuk satu permintaan dalam pasaran, sama ada di dalam di dalam atau di luar negara, disamping memberi peluang bagi graduan kita untuk menjadi seorang usahawan muda.
"Kami turut ingin menjadikan Malaysia sebagai hab latihan terapi lintah ini. Disebabkan itu, program ini turut melibatkan peserta dari luar negara seperti England, Singapura dan Arab Saudi, selain peserta yang merupakan graduan dari universiti ini". katanya ketika ditemui.
Abd Aziz berkata, mereka bukan sahaja menternak sendiri lintah tersebut, malah mempunyai klinik untuk rawatan terapi lintah ini di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Selain Mehdi, PUSMAL turut mendapatkan kerjasama menjayakan projek terapi lintah ini dengan Hirudinaria Therapy Group (HTG) yang menubuhkan Leech Miracle, sebuah projek yang mengetengahkan kelebihan lintah dan keunikannya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
DAPATKAN KURSUS DAN RAWATAN BEKAM LINTAH DI LEECH MIRACLE, TEMPAHAN ONLINE DI www.KEDAIBEKAMLINTAH.com
Rencana : Lintah Rawat Kanser
Majalah ILUVISLAM
21 - 27 Januari 2010
Lintah Rawat Kanser
Siapa yang sukakan lintah? Badannya yang lembap dan mengelikan cukup membuatkan kita rasa 'takut' untuk menyentuhnya. Tetapi dalam sains perubatan, lintah turut digunakan sebagai sumber kecantikan, malah haiwan sekecil ini mampu menjadi penawar kepada penyakit sebesar kanser melalui gigitanya; seperti kanser payudara, masalah jantung, arthritis (masalah sendi), strok dan kencing manis.
Terapi Lintah 92 Enzim Mampu Sembuhkan Penyakit
Sebelum ini, khasiat lintah banyak digunakan untuk tujuan kecantikan. Terdapat banyak rangkaian spa yang menggunakan khidmat lintah untuk lakukan rawatan pada wajah terutamanya berkaitan masalah jerawat. Namun hasil daripada beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati khasiat lintah lebih dari itu. Terutamanya untuk mengubati penyakit-penyakit berbahaya.
Sifat haiwan kecil ini yang lembik dan sejuk tatkala terkena melekat di kulit sering menimbulkan kegelian bagi setengah individu. Ada juga yang menganggap gigitan lintah boleh menyebabkan kesakitan. Tetapi menurut pakar terapi lintah dari Australia, Mehdi Jaffari ketika ditemui di Universiti Malaya (UM), gigitan lintah mempunyai tiga peringkat gigitan dan pada gigitan kedua, lintah akan menyuntik ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dari gigitan tersebut.
Gigitan Berkhasiat
Menurutnya, setiap gigitan lintah akan menyedut darah kotor yang terdapat di dalam badan manusia. Lintah juga dikatakan mempunyai 92 enzim di mana enzim-enzim tersebut turut memberikan manafaat bagi mengurangkan gejala penyakit. Lintah mampu menghisap darah tiga kali ganda dari saiz badannya sendiri. Ketika proses menghisap tersebut berlaku, lintah akan mengeluarkan enzim hirudin dan enzim ini bertujuan menghalang pembentukan darah beku.
Dengan kelebihan itu, gigitan haiwan ini mampu menyembuhkan penyakit seperti resdung, migrain, gout, sakit lutut, stress, sakit belakang, sakit dada, dan masalah jerawat. Bagi penyakit-penyakit serius seperti arthritis (sakit sendi), kanser payudara, masalah jantung, strok dan kencing manis, pesakit perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalankan rawatan ini.
Begitu pun menurut Mehdi, tidak semua pesakit boleh mendapatkan rawatan ini. Pesakit yang sedang menjalankan rawatan kimioterapi, radioterapi dan mereka yang pernah menjalani pembedahan tidak dibenarkan membuat rawatan terapi lintah ini. "Bagi pesakit yang menjalani rawatan kimioterapi, darah merah atau putih telah mati dalam tubuh mereka, jadi disebabkan itu, lintah tidak boleh menghisap darah mereka keran bimbang akan memburukkan lagi kesihatan,", katanya.
Bersih
Selain itu, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun dan wanita yang mengandung juga tidak dibenarkan mendapat rawatan terapi lintah ini. Bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan baik, lintah yang telah digunakan akan dihapuskan. Lintah juga tidak akan digunapakai semula kerana bimbang akan mengundang penyakit. Untuk jaminan kualiti dan kebersihan, lintah yang digunakan juga menjalani proses pembersihan nyah-bakteria. Kualiti lintah yang baik juga katanya perlu didapatkan dari sumber yang benar-benar mengembangbiak spesies ini dengan proses dan kaedah yang betul.
"Bukan semua lintah boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Kerana itu lintah yang saya guna hanya ambil dari penternak lintah yang mengikut spesifikasi yang betul dari segi habitat dan permakanan haiwan ini."
"Dari situ khasiatnya dapat dipelihara. Ingin saya tegaskan, penggunaan lintah adalah selamat dan terjamin kebersihannya untuk pesakit-pesakit yang beragama Islam yang ingun mendapatkan rawatan menggunakan kaedah ini." kata Mehdi.
Mehdi merupakan seorang pakar terapi lintah dari New Zealand dan beliau telah dijemput oleh pihak Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) UM untuk mengadakan kursus tentang rawatan terapi lintah. Disampung mengkaji tentang spesis lintah yang banyak terdapat di Malaysia.
Leech Miracle telah mendapat didikan dari Mehdi Jaffari, Pakar Terapi Lintah Antarabangsa. Dapatkan rawatan dengan menggunakan lintah yang bersih, terjamin dan selamat. Tempahan online di http://www.kedaibekamlintah.com/index.php?route=product/category&path=10975
21 - 27 Januari 2010
Lintah Rawat Kanser
Siapa yang sukakan lintah? Badannya yang lembap dan mengelikan cukup membuatkan kita rasa 'takut' untuk menyentuhnya. Tetapi dalam sains perubatan, lintah turut digunakan sebagai sumber kecantikan, malah haiwan sekecil ini mampu menjadi penawar kepada penyakit sebesar kanser melalui gigitanya; seperti kanser payudara, masalah jantung, arthritis (masalah sendi), strok dan kencing manis.
Terapi Lintah 92 Enzim Mampu Sembuhkan Penyakit
Sebelum ini, khasiat lintah banyak digunakan untuk tujuan kecantikan. Terdapat banyak rangkaian spa yang menggunakan khidmat lintah untuk lakukan rawatan pada wajah terutamanya berkaitan masalah jerawat. Namun hasil daripada beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati khasiat lintah lebih dari itu. Terutamanya untuk mengubati penyakit-penyakit berbahaya.
Sifat haiwan kecil ini yang lembik dan sejuk tatkala terkena melekat di kulit sering menimbulkan kegelian bagi setengah individu. Ada juga yang menganggap gigitan lintah boleh menyebabkan kesakitan. Tetapi menurut pakar terapi lintah dari Australia, Mehdi Jaffari ketika ditemui di Universiti Malaya (UM), gigitan lintah mempunyai tiga peringkat gigitan dan pada gigitan kedua, lintah akan menyuntik ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dari gigitan tersebut. Gigitan Berkhasiat
Menurutnya, setiap gigitan lintah akan menyedut darah kotor yang terdapat di dalam badan manusia. Lintah juga dikatakan mempunyai 92 enzim di mana enzim-enzim tersebut turut memberikan manafaat bagi mengurangkan gejala penyakit. Lintah mampu menghisap darah tiga kali ganda dari saiz badannya sendiri. Ketika proses menghisap tersebut berlaku, lintah akan mengeluarkan enzim hirudin dan enzim ini bertujuan menghalang pembentukan darah beku.
Dengan kelebihan itu, gigitan haiwan ini mampu menyembuhkan penyakit seperti resdung, migrain, gout, sakit lutut, stress, sakit belakang, sakit dada, dan masalah jerawat. Bagi penyakit-penyakit serius seperti arthritis (sakit sendi), kanser payudara, masalah jantung, strok dan kencing manis, pesakit perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalankan rawatan ini.
Begitu pun menurut Mehdi, tidak semua pesakit boleh mendapatkan rawatan ini. Pesakit yang sedang menjalankan rawatan kimioterapi, radioterapi dan mereka yang pernah menjalani pembedahan tidak dibenarkan membuat rawatan terapi lintah ini. "Bagi pesakit yang menjalani rawatan kimioterapi, darah merah atau putih telah mati dalam tubuh mereka, jadi disebabkan itu, lintah tidak boleh menghisap darah mereka keran bimbang akan memburukkan lagi kesihatan,", katanya.
Bersih
Selain itu, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun dan wanita yang mengandung juga tidak dibenarkan mendapat rawatan terapi lintah ini. Bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan baik, lintah yang telah digunakan akan dihapuskan. Lintah juga tidak akan digunapakai semula kerana bimbang akan mengundang penyakit. Untuk jaminan kualiti dan kebersihan, lintah yang digunakan juga menjalani proses pembersihan nyah-bakteria. Kualiti lintah yang baik juga katanya perlu didapatkan dari sumber yang benar-benar mengembangbiak spesies ini dengan proses dan kaedah yang betul."Bukan semua lintah boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Kerana itu lintah yang saya guna hanya ambil dari penternak lintah yang mengikut spesifikasi yang betul dari segi habitat dan permakanan haiwan ini."
"Dari situ khasiatnya dapat dipelihara. Ingin saya tegaskan, penggunaan lintah adalah selamat dan terjamin kebersihannya untuk pesakit-pesakit yang beragama Islam yang ingun mendapatkan rawatan menggunakan kaedah ini." kata Mehdi.
Mehdi merupakan seorang pakar terapi lintah dari New Zealand dan beliau telah dijemput oleh pihak Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) UM untuk mengadakan kursus tentang rawatan terapi lintah. Disampung mengkaji tentang spesis lintah yang banyak terdapat di Malaysia.
Leech Miracle telah mendapat didikan dari Mehdi Jaffari, Pakar Terapi Lintah Antarabangsa. Dapatkan rawatan dengan menggunakan lintah yang bersih, terjamin dan selamat. Tempahan online di http://www.kedaibekamlintah.com/index.php?route=product/category&path=10975
Subscribe to:
Posts (Atom)
