Rumusan pandangan dan komen pelanggan sejurus menjalani rawatan bekam lintah LEECH MIRACLE...
Terapi lintah sangat menarik dan ingin melakukannya lagi! Kaedah rawatan TERAPI LINTAH LEECH MIRACLE bersih dan professional (CEKAP). Pengunaan lintah bersih dan rawatan bekam lintah secara klinikal sangat baik kerana dapat membuang darah kotor dalam badan. Perkhidmatan LEECH MIRACLE sangat bagus, staff sangat peramah dan PENJELASAN yang JELAS diberikan...terima kasih!..
Showing posts with label pusat rawatan terapi lintah. Show all posts
Showing posts with label pusat rawatan terapi lintah. Show all posts
02 December 2011
PROMOSI PENGHULU HARI : RM30 SAHAJA (70% DISKAUN) HANYA PADA HARI JUMAAT UNTUK SEMUA RAWATAN!!
Sebagai menghargai para pelanggan yang telah menyokong kami sejak tahun 2009, kami menjemput anda untuk merasai KEAJAIBAN TERAPI LINTAH bersama LEECH MIRACLE.
Kami menghargai hari-hari istimewa anda, PROMOSI PENGHULU HARI RM30 SAHAJA UNTUK SEMUA JENIS RAWATAN HANYA PADA SETIAP HARI JUMAAT SAHAJA..
Rebutlah peluang ini untuk merasai keberkesanan rawatan bekam lintah klinikal. Promosi ini ammat sesuai kepada mereka yang baru ingin mencuba kaedah rawatan efektif ini. Promosi ini hanya untuk temujanji melalui SMS sahaja.
Untuk melayakkan anda mendapatkan promosi ini , sila ikut langkah ini :-
SMS ke 017-225 6264 : [Penghulu Hari] [Nama] [Jenis Rawatan] [Tarikh] [Masa]
Contoh : Penghulu Hari Roziah Resdung 9th Dec 2011 10pagi
Temujanji adalah dari pukul 10pagi ke 9 malam.
Tempah tempat anda sekarang, TEMPAT ADALAH TERHAD.
Testimoni Gout
Rawatan gout dengan menggunakan kaedah bekam lintah ternyata amat berkesan.
Berikut adalah komen dari pelanggan berbangsa cina yang datang ke LEECH MIRACLE hari ini untuk rawatan kedua. Sebelum menjalani rawatan pertama, beliau sering @ kerap mengalami kesakitan akibat serangan GOUT setiap 3 bulan sekali. Setelah mencuba rawatan bekam lintah, serangan gout beliau mendadak berkurang, iaitu 8 bulan sekali..itupun serangan yang kecil. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan, beliau amat berpuas hati dengan kesan ini dan menjadikan rawatan bekam lintah ini sebagai rawatan utama untuk menangani masalah gout beliau.
"First treatment on April 2011, I was under severe pain during the process of leech treatment due to GOUT ATTACK. But amazingly, GOUT PAIN WENT AWAY after 2 DAYS of Leech Treatment. I stay gout attack free period for about 8 MONTHS."
Kepada mereka yang mengalami masalah yang sama, SERANGAN GOUT yang KERAP dan sedang mencari rawatan yang sesuai dan berkesan, kami menjemput anda untuk merasai KEAJAIBAN BEKAM LINTAH bersama LEECH MIRACLE...hubungi kami di 03-2282 3782 untuk tempahan temujanji.
RAWATAN BEKAM LINTAH LEECH MIRACLE adalah penyelesaian kepada masalah gout anda! TEMPAH TEMPAT ANDA SEKARANG, TEMPAT ADALAH TERHAD..
Berikut adalah komen dari pelanggan berbangsa cina yang datang ke LEECH MIRACLE hari ini untuk rawatan kedua. Sebelum menjalani rawatan pertama, beliau sering @ kerap mengalami kesakitan akibat serangan GOUT setiap 3 bulan sekali. Setelah mencuba rawatan bekam lintah, serangan gout beliau mendadak berkurang, iaitu 8 bulan sekali..itupun serangan yang kecil. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan, beliau amat berpuas hati dengan kesan ini dan menjadikan rawatan bekam lintah ini sebagai rawatan utama untuk menangani masalah gout beliau.
"First treatment on April 2011, I was under severe pain during the process of leech treatment due to GOUT ATTACK. But amazingly, GOUT PAIN WENT AWAY after 2 DAYS of Leech Treatment. I stay gout attack free period for about 8 MONTHS."
Kepada mereka yang mengalami masalah yang sama, SERANGAN GOUT yang KERAP dan sedang mencari rawatan yang sesuai dan berkesan, kami menjemput anda untuk merasai KEAJAIBAN BEKAM LINTAH bersama LEECH MIRACLE...hubungi kami di 03-2282 3782 untuk tempahan temujanji.
RAWATAN BEKAM LINTAH LEECH MIRACLE adalah penyelesaian kepada masalah gout anda! TEMPAH TEMPAT ANDA SEKARANG, TEMPAT ADALAH TERHAD..
29 November 2011
SEMPENA HARI LAHIR ANDA ...70% OFF. DISKAUN BEKAM LINTAH, HANYA RM30 SAHAJA DARI HARGA ASAL RM100
PROMOSI SEMPENA HARI JADI ANDA...demi menghargai para pelanggan..hadiah dari LEECH MIRACLE. Khas pada harijadi anda sahaja..TUNJUKKAN KAD PENGENALAN kepada terapis kami..TEMPAH TEMUJANJI ANDA SEKARANG..TEMPAT ADALAH TERHAD..
02 November 2011
Pakar Bekam Lintah Leech Miracle Dalam Media
Paparan-paparan rencana dari majalah dan keratan surat khabar dari Leech Miracle.
23 October 2011
Rencana : Apabila Lintah Menjadi 'Doktor'
Majalah Aniqah
Oleh : Roihan Mat Zaib
Foto : Jafrir Ramlee
Mei 2011
Dalam kehidupan serba moden ini, gaya hidup yang tidak sihat mungkin menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan. Ia termasuklah masalah jantung, tekanan darah tinggi, gout, kencing manis dan sebagainya. Tidak dinafikan sudah wujud pelbagai kaedah moden untuk rawatan moden untuk rawatan penyakit-penyakit ini tetapi rawatan alternative juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tambahan pula, jika kaedah itu bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perubatan.Pengunaan akar-akar kayu, rempah ratus, jarum dan juga ulat mungkin sudah biasa dilihat tetapi bagaimana pula dengan penggunaan lintah? Mungkin ramai yang sudah mengetahui keunikan ulat kecil yang berwarna coklat kehitam-hitaman ini tetapi masih belum meneroka kehebatannya. Apatah lagi, rawatan lintah masih baru di Asia.
Rawatan menggunakan lintah sebenarnya sudah lama bertapak diluar negara terutamanya di Brazil dan Perancis. Malah, di Rusia sudah ada institute yang mengelola penyelidikan mengenai perubatan lintah dan perubatan di luar negara juga sudah mendapat kelulusan FDA (Food and Drug Administration) sekiranya berkaitan dengan pembekuan darah. Hasil kajian dan penyelidikan di Poland dan Perancis pula menunjukkan tiada kesan negative hasil pengunaan lintah sebagai kaedah rawatan.
Merungkai dengan lebih mendalam mengenai keistimewaan rawatan menggunakan lintah ini, ANIQAH telah menemubual Siraj Shah Subhan, Pengarah Ursan Leech Miracle (Rawatan Terapi Lintah). Ternyata haiwan kecil yang tidak sukakan kekotoran ini memang sesuai untuk perubatan.
Kelebihannya bukan sahaja bertindak mencairkan darah, tetapi ulat kecil yang mempunyai ratusan gigi ini juga mengandungi Hirudin, Calin, Hyluronidase, Tripase Inhibitor, Factor Xa Inhibitor serta beberapa bahan lain yang amat bermanafaat untuk kesihatan manusia. “Pesakit hanya perlu mengambil masa dua jam sahaja untuk setiap sesi rawatan. Tetapi ia perlulah diulamgi beberapa kali dan tahap kesembuhan penyakit, bergantung kepada pesakit itu sendiri. Mungkin sesetengah pesakit hanya memerlukan empat kali rawatan tetapi mungkin juga sehingga enam kali.
“Lintah-lintah ini akan diletakkan di bahagian yang sakit dan jumlahnya pula bergantung berat badan pesakit. Setiap lima kg berat badan adalah untuk satu ekor lintah. Selepas menjalani satu sesi rawatan, pesakit akan mulai nampak hasilnya. Memang akan rasa gelid an takut tetapi keberkesanannya tdak boleh disangkal lagi,” ujar Siraj.Menurut beliau lagi, lintah yang digunakan di Leech Miracle akan dinyahbakteria terlebih dahulu dan mereka mempunyai usaha sama dengan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL).
Idea untuk memperkembangakan rawatan lintah rawatan lintah timbul apabila wujudnya kegilaan pada penternakan lintah tiga tahun dahulu. Namun tiada industri yang boleh diketengahkan untuk memasarkan lintah kecuali di luar negara iaitu untuk perubatan.
“Di situlah timbul idea untuk mengadakan klinik. Perbincangan dengan Mehdi Jaffari, pakar terapi lintah dari New Zealand dilakukan dan begitu juga juga dengan kerjasama persama pendidik (PUSMAL) adalah bertujuan mengembangkan, memberi pendedahan kepada masyarakat serta memberikan kritikan secara membangun.
“Sebenarnya, industri lintah sudah 150 tahun bertapak di Rusia dan pelbagai produk dihasilkan termasuklah untuk kosmetik. Ia dikenali sebagai blood lifting. Jualan lintah untuk perubatan di Perancis ialah 40 juta setahun manakala di Rusia pula ialah antara tiga hingga empat juta jualan setahun bagi penggunaan domestic, tetapi di Malaysia, masyarakat masih waswas dengan keberkesannya.” Tambahnya lagi.
Siraj mengakui sambutan pengunaan lintah sebagai terapi atau rawatan alternative sangat rendah dan ia adalah disebabkan kurangnya kajian mendalam mengenai lintah ini. Lagipun masyarakat negara ini kurang di dedahkan dengan keistimewaan ‘ulat kecil’ ini.
Kesan Rawatan Lintah
Pendarahan
Gatal tetapi tidak memudaratkan.
Bengkak antara 2 hingga 3 hari hasil tindak balas dengan badan terhadap antibody. Ia adalah tindak balas positif dan bergantung kepada keadaan badan pesakit.
Reaksi setiap orang mungkin berbeza.
Komposisi di dalam air liur lintah yang bermanfaat kepada manusia.
-Hirudin – menghalang koagulasi darah dengan mengikat darah kepada thrombin.
-Calin (Seratin) – berfungsi sebagai zat perantara dalam proses egregasi struktur darah yang disebut platlet.
-Distabilase – mellumatkan vibrind (produk terakhir dalam proses mengentalan darah.
-Hirustasin – menyingkirkan kalikrein, tripsin, cymotripsun, G Chatepsin Neu-Tropholic.
-Bdelin & Eglins – anti inflamasi (radang).
-Hyluronidase – meningkatkan kelikatan intertistal, juga sebagai antibiotic.
-Tripase Inhibitor – menyingkirkan enzim proteolik dari sel manusia.
-Factor Xa Inhibitor – menghalang aktiviti pembentukan factor-Xa
-Complement Inhinbitor – mampu mengantikan inhibitor yang lain sekiranya inhibitor yang lain sekiranya inhibitor tersebut kurang.
-Carboxypeptidase A Inhibitor – melancarkan pengaliran darah di tempat gigitan.
-Acetylcholine – Vasolidator
-Anesthetic Subtance – Anestesi
(Sumber : M. Andreas, R. Manfred, D. Gustau, Medicinal Leech Therapy, Germany)
Terapi lintah tidak boleh kepada :-
1. - Ibu mengandung.
2 -Orang yang mengambil pencair darah kerana takut berlakunya pendarahan yang teruk walaupun maksimum pendarahan hanyalah 48 jam.
3. - Penghidap kencing manis tetapi boleh dilakukan bergantung pada tahap luka kerana bimbang dengan tahap kesembuhannya yang lambat.
Contoh Kes
Nama Pesakit : Siti Nazihah Mohd Jamili
Masalah : Jerawat dan resdung
Kekerapan rawatan : Sebulan sekali
Apakah Jerawat?
Jerawat terjadi apabila mengalami keradangan. Hasilnya terdapat perbahan struktur kulit. Punca utamanya adalah disebabkan kelenjar tempat rerambut tumbuh yang tersumbat. Kelenjar minyak membesar dan disebabkan penghasilan minyak berlebihan, makan kulit terdedah kepada bakteria. Jangkitan bakteria bukan hanya pada permukaan kulit tetapi juga di bawah lapisan kulit. Selain daripada makan makanan berminyak dan perubahan hormone, jerawat juga terhail daridapa perwarisan. Kelenjar tersumbat bersama minyak dan kotoran menghasilkan jangkitan dan seterusnya membentuk jerawat.
“Lintah bukan sahaja mengurangkan jerawat tetapi juga menghilangkan parut jerawat yang silam. Lintah akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kelenjar, sekali gus mengurangkan iritasi peluang jerawat untuk tumbuh.
Tanda-tanda jerawat:-
-Gatal-gatal serta berlaku pembengkakan kecil.
-Kulit kemerahan
-Blackheads (jerawat di permukaan kulit)
-Whiteheads (jerawat di dalam kulit)
-Kulit yang pucat dan gatal
Bagaimana terapi lintah membantu?
Lintah bukan sahaja mengurangkan jerawat tetapi juga menghilangkan parut jerawat yang silam. Lintah akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kelenjar, sekali gus mengurangkan iritasi peluang jerawat untuk tumbuh.
Lapisan rongga hidung yang berfungsi untuk melembapkan udara yang disedut. Rongga yang tersumbat sekiranya seseorang itu mempunyai alahan (diwarisi sejak kecil) terhadap habuk, daging, makanan laut dan sebagainya.Penapis udara dalam rongga akan membengkak seterusnya membuat rongga yang tersumbat. Rongga yang normal adalah lembap dan udara boleh keluar masuk dengan mudah. Tetapi, apabila rongga tersumbat akibat alahan, rongga dipenuhi kulat. Kerana keadaan yang lembap dan tersumbat, maka lender yang bercamur bakteria akan terbentuk.
Tanda-tanda resdung
-Lendir pekat berwarna jernih
-Hidung terasa seperti penuh
-Sakit tekak
-Bersin
-Hidung menjadi gatal apabila terkena alahan nafas berbau
Bagaimana terapi lintah membantu?
Lintah membantu mengecilkan pembengkan penapis rongga hidung. Apabila bengkak beransur kurang, udara mudah keluar masuk daripada rongga. Apabila udara mudah keluar masuk, maka permukaan di dalam rongga sentiasa lembap tanpa lender berlebihan dan kulat tidak dapat membiak. Maka resdung dapat dikurangkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAPATKAN RAWATAN BEKAM LINTAH, TEMPAHAN SECARA ONLINE www.KedaiBekamLintah.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAPATKAN RAWATAN BEKAM LINTAH, TEMPAHAN SECARA ONLINE www.KedaiBekamLintah.com
Subscribe to:
Posts (Atom)


